Thursday, January 15, 2009

SAFIYYAH KALAH BERGAYA!!!peweeiitt!!!




goooo safiyahhhhh!!!


team plg happening pening2


2 pemain professional~peweeitt!!!

wif our "guli"

12.7-trikh ija nak kwen..tgguuu!!!


eksen ngn "joystick"


yam "guli"

assalamualaikum... mcm dh lame je xtaip blog nih..xde mud sgt skrg nih..hu2..ni just nak share pglmn n cite spjg lbh krg 2mggu ni..last week, husna dh mencemar duli trun pdg hoki uia p main hoki..

tp be4 tu,husna mntak kwn2 smua doakan keselamatan pkcik husna yg p gaza hr slase br ni..sdey sgt sbnrnye bile ms ahad mlm tu,ayhcik dtg..mmg ada ayahcik msg ms hr ahad tu dia nak dtg isnin mlm..katenye rahsiaaa..isnin mlm tu ayhcik dtgla..tergamam husna bile ayhcik ckp,"esok ayhcik nak g gaza"..trus tdiam husna..n myb ayhcik pasan husna tgamam..then dia ckp,"klong doakan ayahcik selamat pegi n blk"...mlm tu ayhcik bg duit blnje,bju2 kat adk2..bile ayahcik blk,husna sebak..sdey sgt..n esok mlm tu,ayhcik col btau ayhcik dh nak naik kpl trbg..Ya Allah,rs mcm ssh je nak lps ayahcik p sna..tp nak wt cmne,dh tgs dia kna wat lputan kat sna..kwn2,doakan ayhcik husna slmt pegi n blk yer..n doakan jgk utk saudara2 islam kita disna dr kekejaman israel!!!insyaAllah...
haa..cite psl main hoki lak..sbnrnye husna xplan pon nak main utk games inter mahalah ni..dh mcm mls nak sukan2 nih..kih3...tp if ada acara bsh baju ok gak!!!he3..nnt nak suggestla..ha3..ija n safa msti juin pnye ek?pnyela dh dkt 12 thn husna xpgg kayu hoki a.k.a joystick(bak kata ija),tetibe main blk...adui,mcm nak ptus abes segale urat...ni la mafsadahnye bile "rajin" sgt bersukan nih..ktorg plak jnis hepi2 je main..bl tgk mahalah len, smua main ngn pnuh smgt,ktorg main asik gelak jer..he3..tp sonok sgt..n tula kali pertama jajah main hoki..dasat tau dia..perghhh!!!rolling2 lg atas turf hoki tu..kih3...even ktorang xde players uia mcm mahalah len,ktorg still hepi ms main tu..sbb ktorg main pon utk hepi2..he3...prblmnye bile players safiyah ni smua pmain "professional"...he3..tp okla,ktorg bolos 1-0 jer..mahalah len pon ada 2-0 tau...so,terer gakla ktorg kn?kn?kih3~pasan!!!

pglmn husna ms tgh main tu,mmg mcm lwk pon ada bl pk blk...ms tgh2 main tu,ada la player mahalah"tutttt" tu,dia main ksar la kot bg husna..ade ke ptot dia ckp siot kat husna bile husna try kaco bola dia tgh bwk,dh mmg tgs husna as backgirl..knala protect my" guli"~ni ayat yam tau...not goaly tau..hehe..bile husna kaco bola dia,trus dia ckp siot...adui,husna spontan trus mtk maaf ms tgh main tu..tkot sgt...nak tgk muke dia pon xbrani..kih3... ms hr sbtu tu pon ktorg kna main lg,tp smua dh mls,pk nak kuar je...husna n ija pon dh get ready nak kuar ms dpt msg suh p kat turf hoki tu...nak p cr brg2 utk sewing class...hi3...papepon,mmg sonok sgt2 main hoki ms tuh..happening pening2 gtu...he3...

Sunday, January 4, 2009

Manisnya Bercinta...


Salam...

Renungan buat semua,

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”

Saya bertanya kepada emak, “mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? ”
Mak jawab, “dua-dua bukan..”
Saya tercengang.. Mak mengukir senyuman.

“Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah..” Saya menarik nafas dalam-dalam.
“Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?” Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.
Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya.

“Yang paling tahu hanya Allah..” mak merenung dalam-dalam wajah anaknya. “Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. ” mak menyusun ayat-ayatnya.
“Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu..”
Saya memintas, “Tak faham..”
Mak menyambung “Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah..”
Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu..”
Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung
“Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?” mak berhenti seketika. Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi. Emak buat-buat tidak nampak.


Adakah ia suatu diskriminasi?

“Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. ..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple mungkin.. Tetapi bukan berkahwin.. Kerana kita berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan dikahwinkan dengannya..”
Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,
“Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi apabila kita mencintai saudara perempuan, kita bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan.

Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya.” emak berhenti seketika..

Bukan luar biasa

Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya persoalan hati ini. “Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa.Dan berkahwin pun bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. . ”

“Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. ”

Redha

“Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing-masing.

Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak.. Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. ” Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya.


-biarkan hati berbicara menyapa kerinduan padaNYA..mencari mutiara di dasar hati..kan bisakah bertemu?-

mesti tgk,n praktik tau!!!

To those yang mengantuk especially with this gloomy weather or yang tengah stress, pls do this simple exercise below :)

Selamat Mencuba!!

ni ala taichi sikit la…

sebagai intro dan warming up..

tiru la macam ni…

untuk melegakan bahu dan leher..

wa..wa..aaa

gerak kekanan kemudian ke kiri..

gerak ke kiri kemudian ke kanan

ikut je ler… jangan terpusing kepala udah la..

tepuk kuat kuat kat dahi.. ni untuk hilang mengantuk..

dah tu buat gerakan tangan dan badan… buat macam happy aje..

kemudian goyang2 kaki dan badan sikit… buat macam takde masalah…

buat secara agresif pula…

jangan peduli apa orang lain kata..

hilangkan semua stress…

pusingkan kepala…

tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…

akhir sekali buat joget kucing…

--------------

kalau tak hilang juga stress tu

ambil bantal kecik gi tidur bawah meja..

Sekian~tq ija!!!

Saturday, January 3, 2009

Maafkan Kak Long...


adik2 klong...klong mtk maaf byk2..klong xmmpu pertahankan lut..klong xmmpu perthnkn wah..wah,klong mtk maaf..klong xmmpu jd sekuat wah n lut..klong xleh jd x mcm mak..maafkan klong..klong akn cube kuat n perthnkn adk2 klong...doakn kekuatan klong..klong syg adk2 klong..

seindah hiasan adalah wanita solehah~




Childish activities are always beautiful






Thursday, January 1, 2009

Biar Husna Simpan Semuanya...

Assalamualaikum..
salam maal hijrah n thn baru...smoga khdpn kita pd thn ni lbh diberkatiNya..smoga khdpn kita smua lbh bahagia n dkt pdNya..Husna xtau ape yg Husna nak luah sbnrnye cmne...smua tbuku dlm hati ni..Hanya Allah yg tahu segenap rasa dlm hati Husna..stp hari air mata Husna akan jth..Husna klh dlm diam..Husna xtahu smpai bile Husna akan terus menangis dan menangis..Husna smbunyikan sgala..Biar Allah je yg tahu segalanya..Allah yg berhak tahu sgale sbb Allah jua yg berhak menentukan segala..Ujian apakah lg lps ni Ya Allah..Kesabaran Husna sts diuji..Perasaan Husna sts diuji..Husna diuji kiri dan kanan..smpai bile..btol ke mmg dh xde bahagia hakiki kat dunia ni utk Husna..Husna hlg smua..Ya Allah,tabahkn hati Husna..Husna tkut sgt Ya Allah..Husna mintak maaf pd semua..Biar Husna tanggung dan smpan smuanya..Husna redha..Ya Allah,bntulah Husna..Husna hanya ada Engkau sahaja Ya Allah..Husna xde ape2 mcm org len..Sapela Husna..Husna dh hlg sgale2nya..Husna teruskn hdp ni utk adk2 Husna..Husna mengadu pdMu Ya Allah..Husna menangis pdMu Ya Allah...